Sabtu, 13 Ogos 2011

SOALAN LAZIN







Soalan Lazim - Pembekal
S1.Apakah yang perlu saya lakukan sebagai persediaan untuk menggunakan Sistem ePerolehan?

Sebagai permulaan, anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan secara atas talian melalui sistem pendaftaran pembekal ePerolehan. Selepas itu, anda hendaklah memohon sekurang-kurangnya satu Medium Akses ePerolehan untuk menjalankan urusan perolehan secara atas talian dengan pihak Kerajaan di


S2. Bilakah saya harus bersedia?
Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan surat Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem ePerolehan S/K.KEW/PK/EP/1100/000000/143/23 Jld. 3(7) bertarikh 3hb Disember 2002 kepada semua pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menggesa para pembekal supaya menyediakan infrastruktur bagi menggunakan Sistem ePerolehan. Jika syarikat anda gagal membuat demikian, Kementerian Kewangan telahpun menyatakan bahawa anda mungkin kehilangan peluang untuk berurusniaga dengan pihak Kerajaan. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk bersedia secepat yang mungkin.


S3. Apakah faedah-faedah menggunakan Sistem ePerolehan?
Proses perolehan secara atas talian akan memperbaiki kecekapan dan menawarkan masa pusingan yang lebih cepat dalam operasi perniagaan harian anda dengan pihak Kerajaan.

S4. Apakah yang saya perlu buat jika saya bukan seorang pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan?
Anda mesti membuat pendaftaran melalui ePerolehan. Sistem ePerolehan menawarkan permohonan dan pendaftaran untuk kedua-dua jenis permohonan Kontraktor dan Perunding.

S5. Apakah kursus yang disediakan untuk menggunakan ePerolehan?
Ya, kami menyediakan pelajaran multimedia atau Computer-Based Training (CBT) secara percuma dan Latihan Secara Bersemuka (Instructor-led Training) dengan bayaran dibebankan untuk semua modul ePerolehan.

S6. Bagaimana pula jika saya hanya membekalkan perkhidmatan? Adakah Sistem ePerolehan disediakan untuk pembekal perkhidmatan?
Ya, Sistem ePerolehan sememangnya dibina khusus untuk pembekal-pembekal yang membekal samada produk, perkhidmatan atau kedua-duanya.

S7. Di manakah saya boleh dapatkan bantuan jika saya tidak mempunyai infrastruktur yang sewajarnya atau jika saya tidak tahu menggunakan Sistem ePerolehan?
Anda boleh menghubungi bahagian Khidmat Bantuan ePerolehan di talian 013-9788438 atau emel di, untuk mendapatkan panduan selanjutnya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan